do your best and الله will do the rest
- نور إليانا -

:')

disini ku menadahkan tangan, meminta semahu mahunya, semoga di perkenan kan permintaan ku yang satu ini..

sesungguhnya Engkau tahu betapa lemahnya hambaMu ini, maka kau berikan lah kekuatan agar hambaMu ini dapat terus sabar dalam menempuh segala ujian dariMu.

YaAllah, maafkan aku kerana terlalu taksub akan dunia, dan terus melupakanMu. sesungguhNya aku insan yang tidak terlepas dari dosa, maka aku memohon hidayah dariMu, jangan lah Engkau membiarkan aku terus terlena dalam kealpaan, kau bangkit kan lah semula hati ku, imanku, agar terus menjadi hambaMu yang engkau redhai.

YaAllah, sesungguhnya kau tahu benar betapa aku amat menyesali masa silamku, maka engkau bantulah aku, semoga setiap titisan air mata ini dapat menghapuskan dosa ku di masa yang silam. TerimaKasih YaAllah kerana aku masih disini, masih diberi peluang untuk mengingatimu dan bersujud kepadamu. terima kasih YaAllah, Alhamdulillah..
)

No comments:

Post a Comment